Fig. 7.0 : Porosity |
Referring to the International Standard BS EN ISO 6520-1:1998
Welding and allied of geometric imperfections in metallic materials.
Part 1:
Fusion Welding
Reference No. Designation & Explanations
2017 Surface pore : a gas pore which breaks the
surface of the weld.
Keliangan ( Porosity )
Keliangan terjadi akibat gas hydrogen terperangkap semasa proses kimpalan berlaku
Punca-punca berlakunya:
• Elektrod atau logam asas mengandungi wap air atau Sulphur yang banyak.
• Penggunaan arus kimpalan yang terlalu rendah atau terlalu tinggi.
• Penggunaan elektrod yang tidak sesuai dengan logam asas.
• Permukaan logam kotor dengan minyak atau cat.
• Berlakunya gangguan arka semasa mengimpal.
• Jarak arka terlalu panjang atau terlalu pendek.
• Pembersihan yang tidak sempurna terutama kimpal banyak aliran.
Cara –cara mengatasi :
• Elektrod perlu dikeringkan dalam oven untuk menghilangkan wap air.
• Penggunaan arus kimpalan yang sesuai dengan saiz elektrod dan ketebalan logam.
• Elektrod perlu sesuai dengan jenis logam.
• Penggunaan jarak arka yang sesuai.
• Pembersihan yang sempurna.
No comments:
Post a Comment