Wikipedia

Search results

Monday, May 6, 2019

Underfill

Fig. 4.0 : Underfill
2.            Kurang Pengisian ( Under Fill )

Kecacatan ini ialah dimana penembusan yang tidak mencukupi pada logam asas di bahagian belakang sambungan untuk sambungan temu.

Punca-punca berlaku:

·            Pergerakan elektrod terlalu diarahkan ke bahagian tepi persediaan plat.
·            Muka punca, jarak punca dan sudut serong pada plat tidak betul menyebabkan
             penembusan kurang diperolehi.
·            Pergerakan mengimpal terlalu laju ini akan memberikan masa yang kurang pada    
             logam asas untuk lebur.
·            Sudut elektrod yang salah ketika mengimpal
·            Arus kimpal yang rendah digunakan semasa mengimpal terutama pada logam yang
             tebal.

Cara-cara mengatasi:

·            Elektrod perlu diarahkan di tengah sambungan semasa mengimpal
·            Buat persediaan plat dengan betul bergantung pada tebal plat yang digunakan
·            Jika sudut kecil, tambahkan supaya besar sedikit untuk memudahkan mendapat
            penembusan
·            Selaraskan arus mengikut kesesuaian plat yang dikimpal
·            Imbangkan pergerakan elektrod terutama ketika menganyam

No comments:

Post a Comment